Tuesday, 4 March 2014

Moh Upgrade Kualiti Solat We-olls !!

*muka tekun cari bahan untuk blog*

Assalamualaikum everyone !! 

Haww Waaww Yuuu ? *english wempitss*

phewww nampaknya ada lagi beberapa belas hari sebelum result SPM diumumkan . Therefore , aku dah mula tawar hati nak ber-blogging *ayat sinetron*

tapi sementara nak tunggu 'hari keramat' tu lagi baik aku ber-blogging dulu ye idok ?

so sila rujuk title post di atas 

*mohon jangan lapor pencemaran bahasa yang berlaku kepada pihak DBP*

well yeah hari ini kita nak story mory pasal solat 

but first cheq nak tanya kat uolls ..

Apa Tujuan Kita Solat 5 Waktu Sehari Semalam ?


*kalut search jawapan kat google*


tak payah nak kalut sebab cheq nak habaq teruihh kat hampa .

Kita bersolat ni untuk mengingati Allah , mengabdikan diri kepada Allah dan untuk membentengi diri dari maksiat dan kemungkaran .

Dan solat adalah kewajipan yang Allah tentukan buat kita .
So macam mana pun kita sebagai hamba Allah perlulah laksanakan tanggungjawab tu . Ada paham ?

however , ada masalah yang timbul kat sini .

kita bersolat untuk mengingati Allah .
tapi macam mana nak ingat Allah kalau time solat masih teringat hal duniawi?

kita bersolat untuk memelihara diri dari kemungkaran dan dosa .
tapi macam mana solat nak jadi perisai diri kalau perisai tu lobang sana lobang sini ?

Tak gitu ?

cheq pun tak leh kata lebih-lebih sebab solat cheq pun tak se-sempurna mana .
kalau buat quality test rasa-rasanya tak lepas lagi kut .

tapi takkan kita nak biar macam tu ja kan ? 

Mesti kasi improve lah solat kita beb !
tapi macam mana ?


*muka buntu tak tau jawapan*


itu cheq pun masih tertanya-tanya 

tapi yang cheq pasti , salah satu cara yang paling superb untuk upgrade solat kita ialah dengan


Melatih Diri Khusyu' Dalam Solat .

Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah SWT. 
Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah SWT, seperti bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah namun semua itu tidak termasuk lansung dalam pengertian munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau. Sesungguhnya orang mengigau itu adalah orang yang bertutur di luar kesedaran. 
Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang itu akan diterima oleh Allah SWT. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah. {sumber : www.al-huffaz.com}

so tunggu apa lagi ??
klik gambar di bawah untuk mencungkil rahsia khusyu' solat !!




amacam ? dah tahu jalan nak cari Inche Khusyu' ?

Alhamdulillah !!

Moh kita uprade solat we'olls !


jumpa lagi

1 comment: