jom flip hair sikit |
hahahahahah xD
okay sebenarnya gua memang nak kongsi pasal iv MARA ni and hopefully bolehlah membantu kanak-kanak ribena yang apply MARA untuk tahun-tahun yang mendatang *lagak superhero*
So tahun ini yakni tahun 2014 , those yang layak permohonannya akan diminta untuk menduduki ujian psikometrik secara atas talian (direct translation gituww) dan ujian temuduga .
semua calon yang disahkan layak kena buat ujian psikometrik ni , but ujian temuduga hanya untuk those yang apply untuk ke overseas . Faham ?
jap eh jap .. psychometric test tu apa ?
ohh tu .. hmm dia ada a few questions pasal negara (sistem pentadbiran , kehakiman , etc.) , values , personality and of course IQ questions . For preparation , lu baca lah sikit-sikit pasal background MARA , takyah google .. lu gi baca kat portal MARA sudehh . Untuk part yang kenegaraan tu lu takyah risau sangat lah , semua yang ditanya tu kita pernah belajar dalam subjek Sejarah . Tapi kalau lu memang suka tidur time cikgu sejarah mengajar memang wajar kalau lu risau . hahahah and yeah pi la buat beberapa free online IQ test untuk menajamkan IQ lu yang semakin menumpul tu . ehh
ohh tu .. hmm dia ada a few questions pasal negara (sistem pentadbiran , kehakiman , etc.) , values , personality and of course IQ questions . For preparation , lu baca lah sikit-sikit pasal background MARA , takyah google .. lu gi baca kat portal MARA sudehh . Untuk part yang kenegaraan tu lu takyah risau sangat lah , semua yang ditanya tu kita pernah belajar dalam subjek Sejarah . Tapi kalau lu memang suka tidur time cikgu sejarah mengajar memang wajar kalau lu risau . hahahah and yeah pi la buat beberapa free online IQ test untuk menajamkan IQ lu yang semakin menumpul tu . ehh
So memandangkan tajuk post gua tu lebih menjurus ke arah pengalaman gua gi iv MARA
jadi elok sangatlah kalau gua mulakan cerita
PRA INTERVIEW
(boleh terus ke bhg 'hari interview' kalau malas baca bebelan gua)
Pada suatu hari … selepas mendapat khabar berita bahawa maklumat mengenai temuduga MARA sudah boleh disemak , gua pun layarilah portal rasmi MARA untuk check maklumat temuduga gua .
Selesai memasukkan nombor ic , terlihatlah paparan di skrin laptop gua maklumat dan details pasal temuduga tu .
masa gua tengok natang nih gua berdiri kaku depan laptop gua sambil berkata ..
Interview dekat … SEREMBAN ? What the ..
jangan risau sebab gua tak carut pun time tu tapi macam bengang jugak lah sebab masa gua apply , gua mohon nak iv kat Penang tapi tup tup dapat Seremban pulakk . Jauh okay kulim dengan seremban . Kalau merangkak memang tak sampai ! ehh
Gua memang time tu malas nak pergi dah sebab you know , haisshh jauh jauh interview entah dapat entah tidak buat apa nak pergi tapi kakak gua bagi ceramah kesihatan baek punya kat gua justeru gua pergi jugak heh heh
kakak gua cakap ...
--kalau seremban pun kata jauh macam mana nak pergi oversea ? #SENTAP
--don't let distance stops you from achieving your dream #SENTAP
--kalau taknak bersusah , macam mana nak handle life masa kat luar negara tu nanti , susah sikit terus taknak buat #SENTAP
ahahhahahahaa padan muka gua xD
memang betol apa yang kakak gua cakap tu , and gua pun sebenarnya tahu fakta fakta tu semua
tapi iyalah bila lagi gua nak mengada acah-acah taknak pergi tunggu semua orang pujuk
ehh
hahaha then gua scroll lagi gua nampak ni
Kena pakai …. Sports Attire ? What the …
no no gua tak carut tapi gua clueless and cuak gila kot .
Tak bagitahu pun kenapa kena pakai baju sukan
Gua memang target ada fitness test justeru gua pun mulakanlah aktiviti berjogging
semangat okay gua jogging sampai terseliuh kaki gua haha
Gua berangkat ke KL pada malam hari jumaat dengan kakak gua dengan menaiki train
OMG gila epic baq hangg xD |
Naik trip yang pukul 11 malam (25/4/14) , sampai KL Sentral pukul 6.30 pagi (26/4/14)
Lu bayangkan gua asyik terjaga every 30 minutes or setiap sejam dari butterworth sampai ke kl
Mau tak mabuk aku mengantuk satu hari lepas tu hahaha
then lepas sampai tu gua bersih-bersihkan diri dan buat apa yang patut
Lepas selesai semua , gua gi breakfast kat mamak dan memandangkan tak boleh check in hotel lagi
merempatlah kami dalam panggung wayang nonton cerita Transcendence
Best wooo hahahaha
tapi memang insane lah , sleepless night dijamak terus dengan movie
nasib cerita tu best kalau tak memang aku beli tiket wayang sebab nak tumpang tidur ja hahah
bila dapat check in hotel tu memang gua pengsan terus !
hahaha hiperbola
Malam tu gua usha twitter , dengan harapan ada orang yang tweet pasal iv MARA diorang
(ada yang iv 26 haribulan , tapi iv gua 27 haribulan phewww alhamdulillah !)
and lega gua bila dapat tahu takdak fitness test dengan one-to-one interview !!
Oyeah memang seronok syukur alhamdulillah
tenang ja gua tidur malam tu ~
tapi terdetik di hati ..
kalau takdak fitness test dengan one-to-one iv then ada apa ?
hmmm ..
kesah apa gua |
HARI INTERVIEW
alarm phone gua bunyi .
gua dengar tapi malas nak layan
last-last sekali kakak gua yang off kan .
gila kau tilam empuk selimut suam-suam panas aircond 24 degree celcius
memang gua buat tak tahu le hahahah
gua pura-pura tidur , kakak gua gerak gua
'bangun-bangun hari ni interview'
gua bangun lepas tu cakap
'taknak gi interview ! nak balik kulim ! taknak gi seremban !'
hahah mengada gila ~
and so lepaih pekena nasi lemak dengan white coffee secawan ,
kami pun bertolaklah ke seremban .
gua memang tak tahan betollah , like perlukah lagu Gadis Jolobu dimainkan berulang kali di radio
time gua tengah cuak nak menapak kaki gua kat nogori ? Perlu ? Hah ? *emo
hahahaha xD
and setibanya gua dekat seremban , mashaAllah tiba-tiba hujan pun turun
sejuk ja tenang hati gua ~
terima kasih Allah :)
tapi bila awek GPS tu cakap 400m and your destination is on your left memang gua rasa nak pengsan !
meremang sehh bila tayar kereta menggelek jalan masuk Kolej Mara Seremban tuh
tapi cantik jugak la tempatnya , dekat dengan nature gituww
gua sampai awal , pukul 12.30 tgh hari . Iv start pukul 2 ptg . Haishh
So gua gi melepak kat medan selera not far from KMS .
and ramai pulak bebudak iv yang melepak kat situ dengan family hahaha ceit betul
then gua balik ke KMS , tunggu situ sampai pukul 2
gua rilek ja time tu tapi kakak gua pulak muka cuak gila ,
macam tak cukup oksigen gua nengok
hahahahah kesian .
gua toleh sekeliling , parents and family memenuhi ruang menunggu .
gua dengar parents bagi nasihat dekat anak-anak kesayangan dorang ,
suruh baca doa penenang hati , selawat banyak-banyak .
gua tumpang dengar je lah nasihat pokcik-pokcik tu kepada anak-anak mereka
feeling-feeling macam arwah abah yang tengah bagi nasihat kat gua
hahah kesian .
then pintu dibukak , meluru semua masuk ,
aku time tu feeling-feeling macam katniss everdeen nak masuk hunger games punya arena hahahah
masa beratur nak masuk tu , ada orang bagi tag .
gua punya tag bertulis 'D4'
then kami disuruh mencari meja yang ada huruf group masing-masing which is D lah untuk gua
satu group ada sepuluh orang , group gua ada 6 cowok dan 4 cewek
Arif , Aisha , aku , Adilah , Amirah , Azfar , Farhan , Hafiz , Aidil and Norudin .
walawehh gua ingat nama ikut urutan time kami kenal-kenal
dasyat lah lu tirahh hahaha xD
then dah selesai daftar semua kami diminta keluar dewan tu dan naik ke tingkat atas
semput wehhh naik tangga pusing-pusing !
ada fasilitator nama Encik Najib handle group kami , dia minta kami tunggu dekat depan bilik yang bertulis panel D . Dia explain bahawa kami akan ada dua task , first task will be Study Case and second task will be Business game .
untuk Study Case ni , kami diberi beberapa topic then perlu debate on that given topic
dalam task ni satu ja nasihat gua , tolong bagi ruang dekat orang lain untuk bagi opinion .
you have to speak and say out your opinion but you don't have to stand out so much .
Give and take jugak dengan group members .
Pandai-pandai lah lu mencelah , mintak izin nak bercakap and lepas habis tu ,
give chance for others to talk too .
interviewer tak tengok kehebatan lu berhujah sangat rasanya ,
what is more important , cara lu berkomunikasi dan berbincang sesama group members .
alhamdulillah group gua members dia sempoi sempoi semuanya .
takdak yang over poyo or yo yo oh
hahahahahah xD
lepas tu interviewer bagi chance untuk tanya soalan
gua tanya pasal course gua
adilah tanya macam mana kalau Mara ni clash dengan course dia
azfar tanya pasal cara pemilihan calon yang berjaya
yang epic tu bila interviewer tu jawab ,
" it depends on your psychometric test result , this interview and …. your hairstyle "
budak laki muka cuak habis hahahahah xD
then interviewer tu kata 'joking joking'
hahaha and bila dah selesai semua kami diminta untuk tukar bilik
gua yang berhemah dan bersopan santun ni pun bangun la nak salam dengan interviewer
then puan tu kata sorry dan reject salaman aku dengan baik
keluar-keluar bilik tu encik Najib naik hangen .
"saya dah cakap kan lepas habis tu bangun , say thank you dan keluar ! You guys tak dengar arahan saya kan ?? Kalau saya cakap terus keluar tu maknanya tak perlu approach panel !"
Tak lah garang or marah sangat tapi nada tegas
cuak gila dohhh
gua dalam hati kata "mampuih dah gua kena reject dengan Mara !" xD
nauzubillahiminzalik !
Gua dengan budak perempuan lain cakap sorry berulang kali kat encik najib
tue la first time gua rasa bersalah gila-gila nak salam dengan orang hahah
then kami tunggu untuk masuk ke bilik seterusnya , Business game !
kami diminta untuk buat costume dengan menggunakan belon , straw , paper and tape .
takdak gunting takdak gam , pandai-pandai la lu pikir macam mana nak buat .
group kami pecah jadi tiga group . Tiga laki , tiga laki and 4 perempuan .
15 minit kena buat costume , then kena present
budak laki memang pro lah when it comes to this task
macam-macam depa merapu tapi cool gak lah end product depa
tergelak panel time depa present
merapu tahap dewa xD
group aku semua perempuan so buat simple ja tapi we definitely have our good times together !
then dah habis tu kami diberi borang untuk menilai/evaluate team members .
one to five , lu letaklah score untuk untuk team members mengikut tag nombor depa .
and gua agak team members gua kasi gua full mark
gua tahu gua perasan kuasa sejuta |
habis dah ? yup dah habis .
lepak lepak ja iv tu
tapi entahlah , setiap group tak sama task diorang .
Ada yang kena buat layang-layang and terbangkan .
Kawan gua kat KMB pulak main galah panjang kalau tak silap lah .
so lu kena prepare for every possibilities lah and kasi mantap siket english lu
google pasal ethics in group discussions and ambil tahu lah benda-benda yang jadi kat dunia nih semampu lu
jangan perasan bagus sangat , lu watlek watpis sudehh
do your part and let others shine too
lepas gua habis iv tu gua rasa macam phewww senang ja rupanya mesti boleh dapat , tapi bila difikirkan balik ..
macam banyak ja stupid things yang gua buat time iv so yeah
berdoa dan bertawakal je lah ~
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaahahaha lawakk gilaa .. ! tak aci x kena buat bleep test biaq berbaloi sikit tiap2 hari joging kat tasek sampai terseliuh tuhhhh xP
ReplyDeletegua tak paham apa yang lawak sangat tu hahaha xD wehh eloklah takdak bleep test wehh kaki gua dah terseliuh maunya terseksa nak ber bleep test kat sana !! :D
ReplyDelete