Monday 27 January 2014

Solatku Dah Ok Ke ?

In the Name of Allah , The Most Merciful and The Most Compassionate .

Assalamualaikum readers yang dikasihi . Terima kasih kerana sudi singgah di Blog Panda Ketinggalan Zaman ini meskipun post-post yang di-publishkan di sini agak hambar penyampaiannya , kurang humour lawak jenakanya  dan terlalu puitis pula bahasanya . Lulz .

Apa-apapun semoga bermanfaat isi kandungannya .

Ok moh kita berbalik kepada topik utama 

As-Salah

Kita diajar untuk menunaikan solat dengan cara yang betul ketika di sekolah rendah . Apabila baligh , kita diberitahu bahawa solat itu wajib dilaksanakan . Apabila di sekolah menengah , kita mula didedahkan dengan solat-solat sunat yang lain untuk diamalkan . Sebagai anak yang lahir dalam keluarga Islam , kita pun menurut pesan orang tua . Dilaksanakan solat lima waktu sehari semalam .

Alhamdulillah . Itu mungkin nasib sebahagian dari kita . Yang diberi peluang untuk belajar mengenai solat dan diberi taufik serta hidayah untuk terus melaksanakannya . Tapi bagaimana dengan sebahagian yang lain ?

Yang lahir dalam Keluarga Islam yang tidak pernah solat ? Yang lahir dalam keluarga Islam yang hanya berpuasa di bulan Ramadhan kerana orang lain majoritinya berpuasa ? Yang lahir dalam keluarga Islam yang sekadar menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi tidak tahu cara menunaikan  solat?

Bukan menghina tetapi niat di hati ingin memberitahu realiti . Agar kita lebih tahu bersyukur .

Dan kepada yang tidak pernah meninggalkan solat , tahniah diucapkan . Tetapi harus ditanyakan juga , bagaimana solat anda ?

Adakah solatmu di awal waktu atau ‘tunggu selepas habis drama itu’ ?

Adakah solatmu sekadar yang wajib sahaja , yang sunat itu ‘ahh tak buat pun takpa’ ?

Adakah solatmu dibuat terburu-buru dan terlalu laju mengalahkan kuasa enjin Lamborghini ?

Adakah solatmu itu benar-benar khusyuk mengingati Sang Pencipta atau hal-hal dunia ?

Adakah pada mulanya membaca Surah Al-Fatihah tetapi bila penghujung bacaannya bunyi 
seperti doa iftitah ?



Ingat , Syaitan itu sudah bersumpah ingin menyesatkan umat manusia . Dan bagaimana cara yang paling mudah untuk melakukannya ? Dengan melalaikan manusia dalam perihal solatnya.

Analogi termudah , cuba bayangkan seorang penjahat ingin mencuri sesuatu yang berharga di dalam sebuah rumah agam yang dikawal oleh seorang pengawal keselamatan . Bagaimanakah cara yang termudah?

Menumpaskan pengawal keselamatan itu terlebih dahulu ? Ya betul !! Nah cekelat dua ketui . Hihi

And solat itu ibarat pengawal keselamatan dan penjahat itu sudah tentulah Syaitan Yang Direjam. Tetapi apa penjahat @ Syaitan itu mahukan ? Syaitan itu mahu mencuri harta yang paling bernilai dari manusia .

Iaitu peluang yang Allah berikan kepada kita untuk menjadi penghuni syurga Allah s.w.t

Syaitan menumpaskan pengawal keselamatan itu . Membuat kita bertangguh dalam solat . Hari pertama , kita solat Subuh di awal waktu . Hari kedua , syaitan berkata .. lagi 10 minit barulah  bangun . Terasa sedap bantal di kepala . Terasa empuk tilam itu secara tiba-tiba . Tanpa disedari , syaitan semakin ligat  bergayut-gayut di kelopak matanya , semakin seronok menemani tidurnya , dan semakin kuat memijak kepala kita agar kita tidak berganjak dari tempat tidur untuk menyambut seruan Illahi . Akhirnya solat subuh itu di-qada sahaja pada pukul 8 pagi . Atau ditinggal terus selamba hati . Astaghfirullah .

Bukan salah syaitan semata-mata . Tetapi salah diri yang terleka . Salah diri yang membuka ruang untuk syaitan bermaharajalela .

Apabila sudah tertumpas pengawal keselamatan itu …

Maka berparti sakanlah syaitan dalam rumah agam itu . Jika begitu mudah syaitan memujuk kita meninggalkan kewajipan yang paling utama , maka mudah jugalah dipujuk hati kita meninggalkan yang lainnya . Apabila sudah hilang perlindungan yang Allah kurniakan kepada kita melalui solat , maka mudahlah diri menjadi bahan bakar api neraka . Nauzubillahiminzalik !

So jangan terkejut tergempak terlopong ternganga apabila melihat seseorang yang bersolat tetapi masih tegar melakukan dosa .

 Dan jangan pula memandang rendah kepada golongan ini . 


doakan mereka dan muhasabah diri

And so tunggu apa lagi geng ? Moh kita perbaiki kualiti solat kita !!!

assalamualaikum


Sunday 26 January 2014

Coretan Untukmu Yang Bergelar Remaja Melayu

Aku kini kembali menulis coretan di Blog Panda Ketinggalan Zaman ini dalam Bahasa Melayu . Kerana apa ? Kerana aku ingin tujukan coretan ini kepada remaja-remaja Melayu di bumi ini .

Aku bukan manusia sempurna . Aku tidak alim . Banyak ilmu agama yang masih belum aku pelajari . Masih banyak sunnah Rasulullah s.a.w yang belum aku praktikkan . Masih banyak surah dalam kitab suci Al-Quran yang aku masih ingat ingat lupa . Tidak sempurna . Tidak alim . Itu aku .

Tapi aku sedih . Sedih tatkala melihat masih ramai remaja-remaja Melayu di luar sana : sama ada yang lebih muda , sebaya atau lebih senior dari diri ini masih belum mengenal  erti hidup sebagai seorang Islam  .

Hanya kenal Allah sekadar nama . Hanya kenal Nabi Muhammad s.a.w  sekadar nabi yang terakhir dalam Islam . Hanya mengaku Islam sekadar di bibir . Itupun kerana dilahirkan dalam keluarga Islam . Kerana status agama yang direkodkan dalam kad pengenalannya ialah Islam . Hanya solat sekadar “at least aku dah buat” sahaja . Atau lebih menyedihkan , solatnya itu sekadar “hahh tak payah buat pun takpa” . Astaghfirullah .

Aku bersyukur . Bersyukur kerana Allah S.W.T memberikan taufik serta hidayahNya kepada diriku yang hina ini . Membuka mata hatiku untuk lebih mengenali Penciptaku . Sedangkan dahulu aku seperti remaja-remaja itu . Dahulu aku pun begitu . Tidak mengenali erti hidup sebagai seorang Islam . Bersolat sekadar pergerakan anggota badan dan bacaan-bacaan dalam Bahasa Arab yang ku hafal tanpa memahami . Itu sahaja . Noktah .

Seperti remaja-remaja itu , aku leka . Leka dengan dunia . Leka dengan cinta monyet yang sementara . Leka dengan hiburan semata-mata . Ada yang bilang , beramal sebelum terlambat . Sebelum maut datang menjemput . Aku tahu mati itu pasti . Aku tahu aku akan keseorangan dalam kuburku . Aku tahu bahawa manusia yang baik akan ke syurga , yang jahat pula disiksa di neraka . Aku tahu semua itu . Ustaz dan Ustazah di sekolah selalu beritahu . Ibu bapa aku selalu berpesan padaku . Aku tahu . Tapi apa yang aku tak tahu pada waktu itu ialah hidup sebagai seorang Islam sekadar  ‘aku tahu’ sahaja tidak cukup .

Allah itu indah . Islam itu indah .

Itu hakikat yang aku abaikan . Kerana bagi aku dunia ini indah . Dunia ini segala-galanya . Tapi aku lupa , sepertimana lupanya remaja-remaja itu , bahawa keindahan dunia ini sementara .
Segala yang aku cintakan , agungkan , dan banggakan mengenai dunia ini tidak kekal . Semakin aku cinta , agungkan dan banggakan , semakin aku sakit . Semakin aku rasakan kekosongan di hati . Semakin aku rasa tidak puas . Kerana apa ?

Kerana dunia ini seperti air laut yang masin , semakin diteguk semakin menjadi-jadi dahaga di tekak ini .

Aku menulis coretan ini bukan untuk membuka aib sendiri . Jauh sekali untuk menghina orang lain . Aku menulis coretan ini untuk memberitahu bahawa hidayah Allah itu ada . Bahawa Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang . Bahawa Islam itu bukan penuh dengan larangan semata-mata Islam itu terlalu indah kerana ianya anugerah daripada Tuhan Yang Maha Indah .

Hidup ini ada tujuan . Carilah tujuan itu . Berpeganglah kepada tujuan itu . Carilah Allah . Kenalilah Penciptamu . Belajarlah mengenai Islam . Fahamilah ajarannya .

Aku jamin dengan jamin yang sesungguhnya .

Your heart will never  find despair once you found Allah .

Assalamualaikum