In the Name of Allah , The Most
Merciful and The Most Compassionate .
Assalamualaikum readers yang
dikasihi . Terima kasih kerana sudi singgah di Blog Panda Ketinggalan Zaman ini
meskipun post-post yang di-publishkan di sini agak hambar penyampaiannya , kurang
humour lawak jenakanya dan terlalu
puitis pula bahasanya . Lulz .
Apa-apapun semoga bermanfaat isi
kandungannya .
Ok moh kita berbalik kepada topik
utama
As-Salah |
Kita diajar untuk menunaikan
solat dengan cara yang betul ketika di sekolah rendah . Apabila baligh , kita
diberitahu bahawa solat itu wajib dilaksanakan . Apabila di sekolah menengah ,
kita mula didedahkan dengan solat-solat sunat yang lain untuk diamalkan .
Sebagai anak yang lahir dalam keluarga Islam , kita pun menurut pesan orang tua
. Dilaksanakan solat lima waktu sehari semalam .
Alhamdulillah . Itu mungkin nasib
sebahagian dari kita . Yang diberi peluang untuk belajar mengenai solat dan
diberi taufik serta hidayah untuk terus melaksanakannya . Tapi bagaimana dengan
sebahagian yang lain ?
Yang lahir dalam Keluarga Islam yang tidak pernah
solat ? Yang lahir dalam keluarga Islam yang hanya berpuasa di bulan Ramadhan
kerana orang lain majoritinya berpuasa ? Yang lahir dalam keluarga Islam yang
sekadar menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi tidak tahu cara menunaikan solat?
Bukan menghina tetapi niat di
hati ingin memberitahu realiti . Agar kita lebih tahu bersyukur .
Dan kepada yang tidak pernah
meninggalkan solat , tahniah diucapkan . Tetapi harus ditanyakan juga ,
bagaimana solat anda ?
Adakah solatmu di awal waktu atau
‘tunggu selepas habis drama itu’ ?
Adakah solatmu sekadar yang wajib
sahaja , yang sunat itu ‘ahh tak buat pun takpa’ ?
Adakah solatmu dibuat
terburu-buru dan terlalu laju mengalahkan kuasa enjin Lamborghini ?
Adakah solatmu itu benar-benar
khusyuk mengingati Sang Pencipta atau hal-hal dunia ?
Adakah pada mulanya membaca Surah
Al-Fatihah tetapi bila penghujung bacaannya bunyi
seperti doa iftitah ?
Ingat , Syaitan itu sudah
bersumpah ingin menyesatkan umat manusia . Dan bagaimana cara yang paling mudah
untuk melakukannya ? Dengan melalaikan manusia dalam perihal solatnya.
Analogi termudah , cuba bayangkan
seorang penjahat ingin mencuri sesuatu yang berharga di dalam sebuah rumah agam
yang dikawal oleh seorang pengawal keselamatan . Bagaimanakah cara yang termudah?
Menumpaskan pengawal keselamatan
itu terlebih dahulu ? Ya betul !! Nah cekelat dua ketui . Hihi
And solat itu ibarat pengawal
keselamatan dan penjahat itu sudah tentulah Syaitan Yang Direjam. Tetapi apa penjahat
@ Syaitan itu mahukan ? Syaitan itu mahu mencuri harta yang paling bernilai
dari manusia .
Iaitu peluang yang Allah berikan
kepada kita untuk menjadi penghuni syurga Allah s.w.t
Syaitan menumpaskan pengawal keselamatan
itu . Membuat kita bertangguh dalam solat . Hari pertama , kita solat Subuh di
awal waktu . Hari kedua , syaitan berkata .. lagi 10 minit barulah bangun . Terasa sedap bantal di kepala .
Terasa empuk tilam itu secara tiba-tiba . Tanpa disedari , syaitan semakin
ligat bergayut-gayut di kelopak matanya
, semakin seronok menemani tidurnya , dan semakin kuat memijak kepala kita agar
kita tidak berganjak dari tempat tidur untuk menyambut seruan Illahi . Akhirnya
solat subuh itu di-qada sahaja pada pukul 8 pagi . Atau ditinggal terus selamba
hati . Astaghfirullah .
Bukan salah syaitan semata-mata .
Tetapi salah diri yang terleka . Salah diri yang membuka ruang untuk syaitan
bermaharajalela .
Apabila sudah tertumpas pengawal
keselamatan itu …
Maka berparti sakanlah syaitan
dalam rumah agam itu . Jika begitu mudah syaitan memujuk kita meninggalkan
kewajipan yang paling utama , maka mudah jugalah dipujuk hati kita meninggalkan
yang lainnya . Apabila sudah hilang perlindungan yang Allah kurniakan kepada
kita melalui solat , maka mudahlah diri menjadi bahan bakar api neraka .
Nauzubillahiminzalik !
So jangan terkejut tergempak
terlopong ternganga apabila melihat seseorang yang bersolat tetapi masih tegar
melakukan dosa .
Dan jangan pula memandang rendah kepada golongan
ini .
doakan mereka dan muhasabah diri |
And so tunggu apa lagi geng ? Moh
kita perbaiki kualiti solat kita !!!
assalamualaikum |