Monday, 27 January 2014

Solatku Dah Ok Ke ?

In the Name of Allah , The Most Merciful and The Most Compassionate .

Assalamualaikum readers yang dikasihi . Terima kasih kerana sudi singgah di Blog Panda Ketinggalan Zaman ini meskipun post-post yang di-publishkan di sini agak hambar penyampaiannya , kurang humour lawak jenakanya  dan terlalu puitis pula bahasanya . Lulz .

Apa-apapun semoga bermanfaat isi kandungannya .

Ok moh kita berbalik kepada topik utama 

As-Salah

Kita diajar untuk menunaikan solat dengan cara yang betul ketika di sekolah rendah . Apabila baligh , kita diberitahu bahawa solat itu wajib dilaksanakan . Apabila di sekolah menengah , kita mula didedahkan dengan solat-solat sunat yang lain untuk diamalkan . Sebagai anak yang lahir dalam keluarga Islam , kita pun menurut pesan orang tua . Dilaksanakan solat lima waktu sehari semalam .

Alhamdulillah . Itu mungkin nasib sebahagian dari kita . Yang diberi peluang untuk belajar mengenai solat dan diberi taufik serta hidayah untuk terus melaksanakannya . Tapi bagaimana dengan sebahagian yang lain ?

Yang lahir dalam Keluarga Islam yang tidak pernah solat ? Yang lahir dalam keluarga Islam yang hanya berpuasa di bulan Ramadhan kerana orang lain majoritinya berpuasa ? Yang lahir dalam keluarga Islam yang sekadar menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi tidak tahu cara menunaikan  solat?

Bukan menghina tetapi niat di hati ingin memberitahu realiti . Agar kita lebih tahu bersyukur .

Dan kepada yang tidak pernah meninggalkan solat , tahniah diucapkan . Tetapi harus ditanyakan juga , bagaimana solat anda ?

Adakah solatmu di awal waktu atau ‘tunggu selepas habis drama itu’ ?

Adakah solatmu sekadar yang wajib sahaja , yang sunat itu ‘ahh tak buat pun takpa’ ?

Adakah solatmu dibuat terburu-buru dan terlalu laju mengalahkan kuasa enjin Lamborghini ?

Adakah solatmu itu benar-benar khusyuk mengingati Sang Pencipta atau hal-hal dunia ?

Adakah pada mulanya membaca Surah Al-Fatihah tetapi bila penghujung bacaannya bunyi 
seperti doa iftitah ?



Ingat , Syaitan itu sudah bersumpah ingin menyesatkan umat manusia . Dan bagaimana cara yang paling mudah untuk melakukannya ? Dengan melalaikan manusia dalam perihal solatnya.

Analogi termudah , cuba bayangkan seorang penjahat ingin mencuri sesuatu yang berharga di dalam sebuah rumah agam yang dikawal oleh seorang pengawal keselamatan . Bagaimanakah cara yang termudah?

Menumpaskan pengawal keselamatan itu terlebih dahulu ? Ya betul !! Nah cekelat dua ketui . Hihi

And solat itu ibarat pengawal keselamatan dan penjahat itu sudah tentulah Syaitan Yang Direjam. Tetapi apa penjahat @ Syaitan itu mahukan ? Syaitan itu mahu mencuri harta yang paling bernilai dari manusia .

Iaitu peluang yang Allah berikan kepada kita untuk menjadi penghuni syurga Allah s.w.t

Syaitan menumpaskan pengawal keselamatan itu . Membuat kita bertangguh dalam solat . Hari pertama , kita solat Subuh di awal waktu . Hari kedua , syaitan berkata .. lagi 10 minit barulah  bangun . Terasa sedap bantal di kepala . Terasa empuk tilam itu secara tiba-tiba . Tanpa disedari , syaitan semakin ligat  bergayut-gayut di kelopak matanya , semakin seronok menemani tidurnya , dan semakin kuat memijak kepala kita agar kita tidak berganjak dari tempat tidur untuk menyambut seruan Illahi . Akhirnya solat subuh itu di-qada sahaja pada pukul 8 pagi . Atau ditinggal terus selamba hati . Astaghfirullah .

Bukan salah syaitan semata-mata . Tetapi salah diri yang terleka . Salah diri yang membuka ruang untuk syaitan bermaharajalela .

Apabila sudah tertumpas pengawal keselamatan itu …

Maka berparti sakanlah syaitan dalam rumah agam itu . Jika begitu mudah syaitan memujuk kita meninggalkan kewajipan yang paling utama , maka mudah jugalah dipujuk hati kita meninggalkan yang lainnya . Apabila sudah hilang perlindungan yang Allah kurniakan kepada kita melalui solat , maka mudahlah diri menjadi bahan bakar api neraka . Nauzubillahiminzalik !

So jangan terkejut tergempak terlopong ternganga apabila melihat seseorang yang bersolat tetapi masih tegar melakukan dosa .

 Dan jangan pula memandang rendah kepada golongan ini . 


doakan mereka dan muhasabah diri

And so tunggu apa lagi geng ? Moh kita perbaiki kualiti solat kita !!!

assalamualaikum


No comments:

Post a Comment