Wednesday, 23 April 2014

Lu tak Senyum Gua Luku Kepala Lu !

Hey there ! Assalamualaikum :)

haaaaaa maaplah sebab tajuk post gua berbaur keganasan yang disengajakan .

okay back to the topic ,

So ceritanya bermula apabila gua apply untuk course Health Science bawah tajaan MARA .



*Kenapa lu tak ambil medic ? Result lu tak okay ke ?*



gua tak apply for medic sebab gua tak bercita-cita nak jadi doktor .
sebab gua taknak jadi doktor jangan ditanya , sekian terima kasih .

gua apply health science instead sebab gua memang passionate dalam field kesihatan ni 
and berharap nanti gua boleh jadi Speech Language Pathologist inshaAllah
or nama lainnya 



Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)



don't know why i included the term 'pegawai'
hewhew :3

and dipendekkan cerita , gua dapat panggilan untuk ke temuduga MARA after completing the psychometric test online few days before . Alhamdulillah .

but the problem is , tempat temuduga tu located in SEREMBAN .
and i'm currently staying in KEDAH .

Jauh beribu batu kuasa bima sakti agagagagaga *merapu*

gua mengeluh , then kakak gua kata ..



"Don't let distance stop you from achieving your dreams"



ok fine -.-'

and the next problem is , pihak MARA suruh pi interview pakai t-shirt and kasut sukan 




gua target MARA nak buat fitness test macam yang bebudak UKCG buat tu .
tapi tak sure lah .

Nanti gua balik interview tu gua update belog cerita 'pengalaman'
InshaAllah .

doakan gua selamat pergi selamat pulang iye~


And so gua pun mulakanlah aktiviti berjogging di pagi hari keliling Tasik Kulim
untuk mencegah kesemputan in case disuruh buat aktiviti cardio nanti

memang jaranglah gua nak gi keluar jogging nih .
bila datang mood nak sihat generasi aktif hebat baru gua gi jogging 
or dalam situasi yang memerlukan gua untuk berbuat demikian


which is in this case , interview .


memang sentap tengok Pokcik Pokcik yang lanjut usia lagi tegar dalam berjogging
berbanding aku yang muda remaja ni 

tapi masa gua round keliling tasik tu gua perasan ada satu benda yang tak kena 

dah lama baru gua perasan 
semua kat situ takdak yang senyum to each other 

gua tahulah stranger , lu tak kenal gua , gua tak kenal lu .
tapi kita kan duduk negara yang sama , berkongsi nationality yang sama .
apa salahnya ? kan ?

yang salahnya kalau lu menggatal senyum dekat abe abe (opposite gender)
sendiri mau tau la jaga diri wokehh ?

gua nak senyum dekat uncle / auntie / mokcik / pokcik 
yang jogging kat tasik tu tapi gua selalu nervous melebih
takut senyuman gua tak berbalas 
like usual

tapi masa gua jog dengan Anith pada suatu pagi yang nyaman itu
gua kagum tengok Anith selamber badak ucap "GOOD MORNING!!"
dekat uncle cina yang kami selisih time jog tu

and to my surprise , uncle yang sebelumnya tu muka penat dek kerana berjogging
terus cheer up , senyum and say "Morning" sambil angkat tangan *lambai lambai*

the same thing goes to other pokcik mokcik yang dia sapa lepas tu
tak kiralah uncle cina ka india ka melayu ka
mokcik cina ka india ka melayu ka

semuanya senyum and response dengan baik

gua pun apa lagi
join sekaki la dengan che anith !

ada satu time tu , kami jog and walk beberapa round
and setiap round kami selisih dengan seorang uncle India
and setiap round tu jugak lah kami kata 'MORNING!'

sampai gua dengan anith sekali dengan uncle tu rasa awkward !

last round selisih tu uncle tu angkat tangan ja .

hew hew :3

we feel you uncle :P

apa-apa pun sebagai kesimpulan bagi post gua yang hambar ni ,
gua just nak pesan .

1 - SENYUM JANGAN TAK SENYUM


nah gua include tutorial cara nak senyum

Chris Hemsworth kot ~
hew hew 

Lu pandai-pandai la pikir waktu bila and pada siapa yang lu nak senyum . Tak payah la nak bagi senyuman lemak manis kepada opposite gender yang umur agak-agak sebaya dengan lu . Nanti lain pulak jadinya gua yang dipersalahkan . Sedekahkan senyuman lu kepada pokcik mokcik auntie uncle dan budak budak piut miut tu . 

Sebab apa ? 

Sebab senyuman boleh mewujudkan satu suasana yang ceria dan positif . Itulah yang gua suspek sebab utama senyuman itu dikira sedekah . Like you know ..



SEDEKAH KE ARAH KEAMANAN DAN KEHARMONIAN UMAT MANUSIA !
caps lock gituww~



hahaha and secara tak langsung , lu boleh mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat sekeliling

Contohnya , gua haritu senyum and ucap 'Good Morning' dekat satu uncle Cina ni masa jog . Then the next day , gua nampak dia and mimik muka dia seolah-olah nak kata

'hey lu lagi ma ? nice to see you again !'

hahaahahaa gila perasan gua ni .

2- JANGAN SERIK

Anda senyum kepada seseorang dan senyuman anda tak berbalas ? 

Anda senyum kepada seseorang dan dibalas pula dengan wajah yang seolah-olah berkata 'lu pehal' ? 

Itu tandanya sudah tiba masanya untuk anda membeli produk Terlajakkk Larisss 

Ehh :P

gua pernah lalui situasi tu xD

tapi kita husnudzon (bersangka baik)

gua suspek semua ni terjadi sebab masyarakat kita belum terbiasa dengan budaya senyuman sebegini
so lu tak payah nak rasa malu , serik or nak terjun bangunan 

kalau lu tak mau senyum sebab lu punya senyuman pernah tak berbalas ,
siapa nak membudayakan budaya senyuman ni ? 
Kucing miau miau lu ?

teruskan walaupun pahit , sebab satu hari nanti usaha kita untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik akan berhasil . InshaAllah 

hah macam pejuang keamanan dah gua ni :3

tapi ada satu benda yang gua nak lu take note ..

kalau lu senyum dekat bayi/ budak kecil lepaih tu budak tu nangis/teriak/etc .
ada kemungkinan lu senyum huduh ! tolong perbaiki !

ahahhahaah xD


sentap ke kak ? xD

2 comments:

  1. Mesti uncle tu sedih kan sekarang... sebab dah tak nampak lu joging dekat tasek... so lepas ni dia x boleh cakap "ayaa , lu lagi kaa ?" hahahhaha so tirah mohon teruskann perjogingan anda di tasek kulim .. ikan2 di tasek pasti merindui anda .. burung2 yg berkicauan mesti tak semerdu dahulu.. uncle/pok cik /mok cik / abe hensem dekat sana pasti merindu senyuman dan ucapan good morningg anda jugaa ... xP

    ReplyDelete
  2. kalau gua ada masa dan kelapangan tanpa ada aral yang melintang menghalang gua , gua akan gi joging inshaAllah . Tetapi mohon lu jugak rajinkan diri teman gua bila gua ajak gi round tasek !! Gua takkan pertimbangkan alasan "sorry weh aku dah keluaq sampai traffic light , tapi minyak kereta dah nak abis , so aku kona balik rumah serta merta " dari lu . Sekian hahha xD

    ReplyDelete