Sunday 20 April 2014

Apabila Gua ThrowBack : Terima Kasih Cikgu

Bismillah . In the name of Allah .

Allahu . It's been too long since the last time i've updated this blog .

Takdak semangat nak menaip dan menghupdate secara tegar .
Malas tahap infinti nak cari bahan untuk dimuatkan di sini .

bla bla bla
alasan demi alasan gua suap kat hampa
and hampa semua be like




heh heh :3

Lagipun banyak benda yang difikirkan selepas dapat result SPM .
Nak apply itulah , apply inilah . Renyah bebenor gua habaq lu . Ahaha

Result gua ? Alhamdulillah . All praises to Allah .

Takdak apa yang nak dibanggakan .
Sebab gua tahu Allah yang banyak bantu .

And kejayaan itu pun ..

Berkat doa mama , berkat doa arwah abah
yang nak tengok anak-anak berjaya dunia akhirat .

Berkat usaha cikgu yang bersungguh sediakan modul dan adakan kelas tambahan .
Berkat doa cikgu *tears*

Gua selamanya takkan lupa jasa cikgu-cikgu gua inshaAllah .
Teringat lagi cikgu Addmath , Puan Zanariah namanya .

To be honest , kami dahulu tak puas hati sebab cikgu ni mengajar susah nak faham .
Khabarnya dulu cikgu ni pelajar cemerlang Addmath , so memang laju lah beliau mengajar .

Bila difikir balik , bukan salah cikgu .
Tapi salah kami sendiri , mindset awal-awal ..

'cikgu ni mengajar laju , cikgu ni mengajar tak faham'

end up , jadi macam apa yang kami fikirkan itulah .

Tapi Alhamdulillah , Allah buka hati kami .
Kami dapat lihat kesungguhan cikgu itu mengajar .
Tanyalah seribu kali sekalipun , seribu kalilah cikgu tunjuk ajar .

Tersentuh tengok cikgu doakan kami semua supaya berjaya dalam Addmath .
Bersungguh . Penuh keikhlasan  *tears*

Walaupun gua sendiri tak expect untuk dapat even 'A-' dalam Addmath nih ,
tapi cikgu percayakan gua .

Everytime sebelum masuk exam , cikgu akan bagi kata-kata semangat .
Usap belakang gua dengan kawan-kawan gua . Macam sentuhan kasih seorang ibu


*sebak*

"Saya takutlah cikgu"
"Jangan risau . Awak boleh buat punya. InshaAllah"

Tenang hati . Bertambah semangat .
gua dengan geng gua melangkah masuk dewan exam penuh keyakinan .
Macam pejuang jihad yang mengejar syahid .

wehh perumpamaan takleh tahan xD

Tapi itulah . Memang cikgu sangat sabar dengan kami .

Dulu kami nakal , jahil kuasa seribu .
Masuk kelas Addmath lambat setengah jam [disengajakan]

Cikgu tanya kenapa lambat ?
Kami jawab , sorry cikgu . Tak tengok jam tadi .

Cikgu angguk , suruh duduk kat tempat .
Bukak latihan semalam .

Hati tak tenang wehh buat macam tu .
Rasa bersalah tahap awan nano .

habis kelas meluru terpa cikgu .
mintak maaf sebab masuk kelas lambat .
mohon restu dan berkat ilmu yang cikgu ajar kat kelas tadi .

Cikgu angguk . Cikgu luah rasa risaunya .
Bimbang syllabus tak sempat nak cover semua .

Kami angguk . Angguk laju-laju tanda faham hakikat bahawa kami yang akan rugi nanti .
So geng aku setuju nak all out kerjasama dengan cikgu .

Kami mula focus dalam kelas . Tanya bersungguh kalau ada yang tak faham .
Cikgu jadi macam selebriti yang melayan peminatnya yang nak autograf !

heh heh :3

gua tak pernah merasa dapat result elok untuk addmath .
tapi Alhamdulillah setiap kali exam , ada peningkatan !!

and lastly , alhamdulillah :D

trial and final gua dapat A+ untuk addmath !!

geng gua ada yang fail memanjang untuk addmath ,
tapi last-last sekali end result untuk add math gempak wehhh gua habaq lu !!

Lulus dengan cemerlang gemilang terbilang !

Alhamdulillah .

Syukur kepada Allah sebab pertemukan gua dengan cikgu-cikgu yang superb di Badlishah .
bukan sekadar cikgu Zanariah , tapi semuanya !

Ilmu dunia dididik seiring dengan nilai-nilai agama .
Kata-kata motivasi disuap bertubi-tubi .

Kem akademik . Kem kerohanian .
Berjalan serentak supaya seimbang dunia akhirat .

Syukur seribu kali syukur .

So kesimpulan gua kat sini ,

1. jangan buat besaq kepala dengan cikgu .

- Walau cikgu kau tu retro dan klasik macam mana pun , hormat itu kena ada . Jangan asyik complaint itu ini . You have no idea how stressful it is for the teachers to think about their students . They are giving their best shot in educating you , nak membentuk kau jadi manusia dan bukannya sampah masyarakat . So sila hapuskan kotak aduan kau tu dengan serta merta . Belajar bersyukur . Ada orang teringin sangat nak masuk sekolah , teringin nak dididik oleh seorang insan bernama guru , tapi tak berpeluang . And kau ? Ada masa nak complaint itu ini . Baguihh

2. Kalau ada buat salah , pergi minta maaf dan mohon restu 

- masalah besar kalau ilmu kau tu tak dapat berkat . Kalau kau suka buat perangai dengan cikgu , time cakap dengan cikgu pun lebih kurang ja , takdak sopan takdak hemah . Memang payah lah ilmu tu nak lekat kat otak kau . Serious talk wehh . Pergilah mintak maaf mana yang patut . Jangan tunggu sebelum SPM ja ! Lepas habis kelas pergi mintak cikgu halalkan ilmu . Benda-benda yang kau rasa remeh ini lah yang boleh bantu kau excel dalam study . InshaAllah . gua cakap berdasarkan pengalaman so sila take note . Gua pun sama akan take note inshaAllah sebab perjalanan aku dalam mencari ilmu ini masih jauh beribu batu . Infiniti gamaknya hewhew :3

gua malas nak berceloteh panjang , hopefully gua dah sampaikan apa yang patut .

ingat ye , sepandai mana pun kau , cikgu kau lagi pandai

hew hew

and kepandaian kau itu tidak lain tidak bukan hanyalah anugerah dan pinjaman dari Allah .
so gunakan sebaiknya , untuk mencapai redha Allah .

jangan sombong jangan takabbur .
Allah tarik nikmat , melopong kau .

ok jumpa lagi inshaAllah
kalau gua rajin :*

No comments:

Post a Comment