Friday, 17 June 2016

Akan aku gagahkan juga

Athirah Zainul itu ada mengadaptasi sikap yang namanya Mat Jenin itu.
Impiannya selalunya besar angannya selalunya melangit tinggi
Bila datang ketika dia penuh bermotivasi dia katakan pada diri

Kau mampu Athirah Zainul ,
Kau mampu capai semua yang kau impi dengan izin dari Ilahi

Kau mampu jadi manusia hebat , kau mampu jadi manusia paling berpengaruh
Yang hidupnya menabur bakti kepada ummah , Yang hidupnya menjadi pejuang yang hak
Yang hadirnya membawa seribu satu makna, yang perginya membawa hiba yang tak terkata

Ilmu yang luas terbentang , semua tersisip rapi dalam hati yang sangat menghayati
hasil terbukanya pintu pintu makrifat Sang Ilahi

Ilmu yang kemudiannya bukan disimpan hanya untuk diri sendiri,
tetapi untuk diamal dan dikongsi 
agar tercapainya redha Ilahi
dan matlamat penciptaan mu 
sebagai khalifah di muka bumi

Tetapi angan hanya sekadar tinggal mimpi , Athirah Zainul rebah dihentak realiti
sehingga dia jadi sedar bahawa perkara yang hebat itu rupanya
tidak dapat dicapai tanpa adanya cubaan yang berat

dan Athirah Zainul itu sedang diuji dengan dugaan paling berat
bertembung dengan lawan yang paling sukar ditewaskan

Athirah Zainul versus Athirah Zainul

Sifat malas meronta-ronta mahu mendominasi 
sifat bertangguh sudah berjaya menjadikan dirinya pencuri

Dia lalai dengan dunia maya sehingga terabai sisinya yang realiti
Di penghujung setiap hari hatinya tersentak dirinya tersedar kembali
Betapa sungguh hari yang Allah beri , telah dengan begitunya dia sia-siai

Setelah bersungguh menyesal di atas perbuatan dirinya, 
dia kembali mengulangi kesilapan yang sama pada esok harinya,
dan kitaran itu berputar dan terus berputar pada paksi yang sama
hingga dia lemas tersekat di dalam kepompong kerugian

tetapi hatinya merayu agar terus berdoa dan tidak berputus asa
sehingga kalam ini tertinta sebagai peringatan buat dirinya
bahawa dalam hidup itu ada naik turunnya

bisiknya pada diri,

I've been better than this before and i can be better again after
I can manage by the will of Allah to regain 
the best version of myself that I could be 
or even better

because i am preprogrammed by Allah to be the Khalifah aside from being His Hamba.
and i was equipped with all the necessary potentials and capabilities
that can bring me one step closer towards achieving my dreams.

Dan ingatlah bahawa,
dugaan yang Allah datangkan itu adalah untuk menguji
Sejauh mana kau tekad untuk merealisasikan mimpi

Justeru itu , akan dia gagahkan juga.

#HarusTabah #HarusBerubah #Harus..




keep me in your duas and may Allah bless you with goodness too!
stay tune and lets us all hope that Athirah Zainul is determined enough to get her #projekselfhelp idea plan done in the next post and are able to establish the programme soon amin !!

Lots of love ,
May peace be upon you.







No comments:

Post a Comment