Monday, 26 November 2012

Jom Beramal !! (bhg 1)

Assalamualaikum uolls !!

So how's your day ? So far so good ? atau so far so not gooooooood ? *broken english

so here's the story , kakak aku ada belikan majalah Al-Islam , RM5 ja tapi sarat dengan ilmu .. aku pun bacalah majalah tu .. besides Gen Q dan solusi , majalah Al-Islam ni pun tak kurang hebatnya *promote* haha .

So aku nak share salah satu content artikel yang aku baca .. Sila scroll page anda ke bawah ..

Sabda Rasulullah S.A.W ,

"Sesiapa yang menyebut kalimah Laa Ilaaha Illallaah , wahdahu laa syariika lah , lahulmulku walahul hamdu wahuwa 'ala kullisyaiin qadir (Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah satu sahaja tiada sekutu bagiNya , bagiNya segala kerajaan dan segala kepujian , dan Dia maha berkuasa ke atas segala sesuatu ) sebanyak 100 kali sehari dalam sehari , dia mendapat pahala ibarat melepaskan 10 orang hamba , ditulis untuknya 100 kebaikan , dipadamkan untuknya 100 kejahatan dan dia akan mendapat perlindungan daripada syaitan pada hari itu sehingga petang . Tiada orang yang lebih baik daripadanya kecuali orang yang berbuat lebih dari itu ." HR Bukhari dan Muslim

Sementara itu , dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda lagi ,

"Sesiapa yang menyebut Subhanallaahi wabihamdihi , (Maha suci Allah dan segala puji bagiNya) sebanyak 100 kali dalam sehari , akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan ." HR Bukhari dan Muslim .

*Free to share on your blog , fb , or twitter kalau nak*

Selamat beramal :D


*gambar hiasan*
:P




Saturday, 24 November 2012

Setia Pada Yang Satu

|| Bebola mata Athirah tertumpu pada skrin komputer , entah apa yang dibacanya hingga leka sedemikian rupa . Kemudian , dia tersandar dan melepaskan keluhan kecil . Jam di dinding yang berbentuk bulat itu dikerlingnya hambar . Jarum jam menunjukkan tepat pukul 11 malam . Ibu serta kakak-kakaknya tidak ada di rumah pada ketika ini . Mereka berada di Kuala Lumpur di atas urusan tertentu . Athirah pula mengambil keputusan untuk tidak ikut sama kerana ada kerja kursus yang belum disiapkan dan tarikh tutup yang ditetapkan oleh pensyarahnya ialah pada minggu depan .

Athirah mengeluh sekali lagi . Dengan tidak semena-mena , bekalan elektrik terputus . Kipas angin terhenti pusingannya , radio yang dipasangnya tadi sunyi tanpa sebarang bunyi , seluruh rumahnya kini diselubungi kegelapan total . Athirah hanya ditemani cahaya samar dari komputer ribanya . Bingkas Athirah bangun dari tenpat duduknya dan menyelak langsir tingkap , menjenguk ke rumah jiran . Gelap . " Satu taman tak dak elektrik kut . Tapi pada ahh tutup time-time macam ni. " getus hati kecil Athirah .

Athirah mencapai telefon bimbitnya dan mengorak langkah ke dapur . Berhati-hati dalam setiap langkahnya . Dia membuka peti ais lalu mencapai sebotol air mineral . Diteguknya perlahan-lahan dengan lafaz bismillah . Tegukannya tiba-tiba terhenti . Keringat sejuk mula membasahi pipi . Kaku seluruh anggota badannya kerana terdengar bunyi tapak kaki dari ruang tamu rumahnya "Siapa kat situ !!! Lebih baik kau blah dari sini ! Kal .au kau berani apa-apakan aku , kau tunggulah balasan di akhirat . Lebih baik kau blah sekarang . " Athirah dengan beraninya menyergah si empunya bunyi tapak kaki itu tanpa mengetahui apa atau siapa sebenarnya itu . Sergahan itu hanya disambut dengan ketawa kecil seorang wanita . Beberapa saat kemudian , bekalan elektrik disambung semula . Ruang dapur dan ruang tamu disinari cahaya dari lampu kalimantang . Melimpah juga cahaya lampu itu ke atas seorang wanita muda yang sedang duduk di ruang tamu . Cahaya itu juga menampakkan ruang tersebut dipenuhi lelaki-lelaki berbadan tegap yang berpakaian serba hitam , lengkap bersenjata . Muncung senapang semuanya dihalakan kepada Athirah . Dia terkedu .

"Miss me ? " kata wanita muda itu sambil tersenyum sinis .

"Tak mungkin ! " Jerit Athirah ketakutan .... ||

Maaf cerita ni memang sengaja dibiarkan tergantung . Hahahaha takdak idea la katakan .. perempuan kat ruang tamu tu pun aku tak tau siapa .. *randomly typed 





kononnya nak buat cerita pasal perisik campur unsur-unsur thriller gitu .. tapi bila dipikirkan balik ...




tahun depan dah spm . habislahhh . haha

okay back to the topic . Setia pada yang satu . 

well , yeah .. tajuk macam jiwang tapi bukan nak cakap pasal benda-benda jiwang hari ni .. so tak payahlah buat muka macam di bawah dengan harapan aku menulis pasal  cintan-cintun ..




sebenarnya aku dah deactivate account fb and twitter .. to my friends , tak payah buat muka tertanya-tanya macam di bawah ...




well , yeah i have been wasting so much time on the internet nowadays so i need to overcome this problem as soon as possible . i'm not sure when im going to activate back my social networking account , maybe this last for the next few weeks , months or whatever . I might activate back the accounts if i have to communicate with people or my friends , but for the meantime let things be this way ..

Makk Aiii speaking London pulak minah ni .

Haha , so kalau rindu aku call je lah or visit lah belog ni selalu .

Pesanan Khidmat Masyarakat dibawakan oleh Mak Jemah . 


ehhh bai .


Assalamualaikum :D

Wednesday, 21 November 2012

Studying Oversea ?

|| Athirah menggeliat . Matanya mengerling ke arah jam . Pukul 10 malam . Dia bangun dari tempat duduknya di hadapan komputer riba itu menuju ke dapur . Peti sejuk di dapur itu dibukanya perlahan-lahan . Sebotol air dicapai lalu diteguknya dengan rakus . Dahaga agaknya selepas sejam duduk di hadapan komputer menonton Cerita Adam dan Hawa secara atas talian . Matanya terkebil-kebil selepas meneguk beberapa kali . Riak mukanya berubah . Botol itu ditatap dengan penuh perasaan . Rupanya botol itu berisi air gula . Sudah terlanjur diminum , diteguknya lagi air gula itu lalu dia pun kembali ke tempat duduknya . Sepasang matanya yang berwarna biru sirap itu kini terpaut pada skrin yang terpapar wajah Adam Mukhriz yang memegang status sebagai seorang juruterbang..." ||

haha , itu lah sebabnya aku terpaksa melupakan cita-cita aku menjadi penulis novel sebab mesti ada unsur kemerapuan melampau yang dimasukkan secara tak sengaja =p

whoaa adam mukhriz . ahaha



okayy back to the topic ,

Belajar di Luar Negara . Awesome kan ?

Isu ini secara tak langsung terlintas dalam otak aku lepas menonton cerita Adam Hawa . Dalam cerita tu kan si Hawa tu sambung belajar di luar negara lepas kena fitnah . Dia pergi belajar kat Australia tu untuk jauhkan diri dari si Adam Mukhriz jugakk  .

Well , it is not the love story that matters . Aku bukan nak pergi belajar kat luar negara tu dengan harapan dapat love story macam cerita Adam Hawa tu . Erghhh tolonglah .

Okay , focus pada topik sebenar .

Hmm , jauh perjalanan luas pemandangan , betul kan ? So dalam erti kata lain , bila kita study kat luar negara ni , minda kita akan semakin berkembang . Well yeah , kita dapat jumpa orang baru , belajar pasal budaya kat negara orang lain , learn what is good and what is not , tengok ragam manusia , belajar agar tidak mudah ditipu , belajar hidup berdikari ... pendek kata , ianya sangatlah awesome .

dan pemandangan kat luar negara itu kan begitu cantik dan breathtaking , tambah-tambah lagi scenery di negara-negara beriklim sejuk . *pengsan

well yeah sangat jealous dengan kakak aku yang dapat further study di New Zealand . Tumpang gembira bagi pihak dia but at the same time rasa macam..




LOL , kalau kakak aku baca post ni mesti dia buat muka kat bawah ni ..


ah mencik .

Eh jap , kepada orang-orang yang berpandangan serong terhadap post ni ..

aku bukan nak kata belajar kat Malaysia ni tak bagus langsung . Ada kebagusannya yang tersendiri . *Okay maaf ayat saya pelik
 and hello .. aku pun nak belajar kat local dulu .. kalau ada rezeki baru further study . so , no offense .


Walaupun belajar kat luar negara , bukannya berubah status warganegara . In fact , kita akan lebih appreciate dan merindui segala yang ada di negara kita . The foods , the people , cendol , ais kacang , roti canai , durian .. arghhh pengsan*

so a malaysian will always be a malaysian . kan ?

but we can at least buka minda , buka hati , buka mata bila tengok negara orang . improve our flaws .

and yeah , melancong ke luar negara rasanya tak sama macam belajar di luar negara .

sama ? tak sama ? entahlah .

But that is my aim in life . My hope .
Yes , rasa teringin sangat nak further study kat luar negara . Nak tengok keindahan yang Allah ciptakan untuk penduduk bumi . Berhijrah ke arah yang lebih baik . In Shaa Allah .

tapi memang tak dapat nafikan ... ada suatu tempat di muka bumi ni yang memang semua muslimin muslimat rasa nak pergi ..


yes , its mecca 

in shaa Allah 

assalamualaikum 

Off to Penang .

|| Athirah mengambil tempat duduk di sofa selepas menjenguk neneknya di bilik . Dia mengerling ke arah jam di dinding . 11.30 pagi . Athirah menguap dan menggeliat . Sebenarnya , pagi-pagi lagi dia dan keluarganya sudah bertolak ke Pulau Pinang kerana neneknya kurang sihat . Memandangkan neneknya sedang berehat di dalam bilik , maka dia pun mengambil peluang ini untuk melepaskan lelah yang tidak seberapa itu di ruang tamu rumah neneknya . Televisyen yang terpasang di ruang tamu itu dipandangnya dengan pandangan yang kosong . Tidak berminat agaknya untuk menonton televisyen . Athirah mengeluh sekali lagi . Entah mengapa terasa diri begitu kepenatan .

 Tangan kanannya diseluk ke dalam poket untuk mengambil telefon bimbit miliknya . Headphone yang disimpan dalam kocek kiri seluarnya dicapai dan disumbatkan ke dalam telinga . Muzik berentak perlahan dimainkan dan kelopak mata Athirah mulai redup . Sedang dirinya baru disapa mimpi di siang hari , melekat satu telapak tangan yang kecil seperti toyol di mukanya . Menyirap darah Athirah , meremang bulu romanya . "Tak mungkin toyol ! " logik akal Athirah cuba menenangkan dirinya . 

Sekarang , cermin matanya pula ditarik keluar dari mukanya yang berbentuk bulat tembikai itu . Sejurus itu , kelopak matanya yang separa terbuka itu disentuh dan digosok . Athirah meronta dan membetulkan cermin matanya . Tangan kecil itu bingkas menarik tangan Athirah . Athirah panik ! Dia cuba melihat siapa atau apa yang berada di depannya . Rupa-rupanya , anak menakannya yang mengidap penyakit sindrom down sedang bermain mekap-mekap . Oleh sebab itu , anak menakannya yang bernama Ayu itu cuba menyapu "eye shadow" tipu-tipu ke atas kelopak mata Athirah . Athirah tersenyum hambar lalu dia bersandar kembali dan membiarkan dirinya dipermainkan . ||

Dipermainkan ? Ceh , tak dak gaya macam penulis novel langsung . haha . well cerita di atas diubah suai sikit dari cerita asal but still aku jadi model untuk anak-anak menakan aku . Hadoii .

Well , yeah . Pagi-pagi lagi kakak aku gerak aku suruh bersiap nak pi Penang . Singgah sarapan kat kedai nasi kandar nashmir , pekena (makan) Thosai Telur satu dengan teh ais dan teruskan perjalanan ke Pulau Pinang . Weee .

Tapi tak "weeee" sangatlah kan .. nenek aku sakit :(

umur beliau dah 80 lebih dah . For sure kerap sakit . Pakcik aku cakap nenek pun tak berapa happy go lucky  kebelakangan ini . Mood selalu down ja . Tapi , kalau ada ramai orang kat rumah nenek , beliau buat macam tak sakit . well , nenek memang tak suka tunjuk yang dia tu sakit . Beliau buat lek ja . Bukan macam budak nowadays , tergores sikit kat jari , alahaiii macam kena langgar lori . haha *exaggerating*

semoga nenek kuat dan cepat sembuh . #Pray For Nenek 

Aktiviti aku selain dari menjenguk nenek and datuk ialah bermain-main dengan 2 orang anak menakan aku . First , aku bagi mandi depa . Pastu depa mekap aku segala bagai . Haha . Mekap tipu-tipu ja . Depa tak guna bedak , lipstick or blusher pun . Hundred Percent Imagination . haha . Biasalah budak-budak . Minda depa akan berkembang kalau berimaginasi . So , aku pun merelakan diri melayan kerenah depa . Best la jugakk , aku ni kan takda adik . So , layan je lah .

Hah , telatah budak-budak memang kadang-kadang tu lawak gila . Ayu , anak menakan aku dalam cerita kat atas tadi , memang buat aku gelak berguling-guling . Oh God , dia tu masih kecil and guess what , tetiba dia ambik cermin kecik , pegang cermin tu tinggi-tinggi di depan dia , buat peace di mulut and buat bunyi KACHAKKK . she's doing selca  *Emgeee pengsan .

mungkin dia bayangkan gambar dia lebih kurang macam ni la ..



haha , nasib baik tak buat duck face - , - ''

aku sebenarnya sangat mengkagumi imaginasi kanak-kanak .

mereka boleh anggap ini ..

sebagai ..



LOL . Ternganga aku tengok dia berlakon jadi photographer dengan teropong tu . Dia letak patung barbie kat atas balang kuih , susun elok-elok , lepas puas hati , dia "tangkap" gambar guna teropong tu . haha . Dengan aku aku sekali jadi mangsa penggambaran :P

lepas tu aku bagi dia dan adiknya dengar earphone aku . Mula-mula pasang lagu nasyid , ye la , aku takmau cemarkan jiwa budak-budak kecik ni dengan lagu Oppa Gangnam Style . Kang tak pasal pasal dok meloncat satu rumah . haha . Pastu aku bukak lagu Sudah Cukup Sudah . Perghh . menyanyi dengan penuh perasaan la si Ayu tu . Walaupun sindrom down , tapi still cute okayy . haha . Mak dia suruh nyanyi lagu Justin Bieber yang tajuk Baby tu ..

Lirik asal macam ni ... Baby Baby Baby Ohhhh~

Lirik yang Ayu nyanyi .. Bab* Bab* Bab* Ohhh~

Sekali bunyi semacam pulak lagu Justin BIBIR tu . haha . Ayu , Ayu . Pening kepala aku.

Tapi itulah . Si Ayu dengan adik dia ni macam bahagia ja . Orang lain tension la apa la , depa dua orang rilek ja .. Ye la , budak-budak .. mana nak faham lagi ..

Oh how i wish i'm still a kid . _  .

But , being a grown up is not bad either . Having various emotions , learn about life , and work hard to fulfill dreams of life . But the most wonderful thing about being a grown up is you'll know who is Allah .

The only God in our life . Thank you Allah for giving us the opportunities to know you .

Its a wonderful life . Well , yeah it is .

Ahh , dah penat menaip . Lain kalilah kita sembang okay ?

Assalamualaikum :)

Tuesday, 20 November 2012

The First Post

Assalamualaikum earthlings .

Testing , testing 1 .. 2 .. 3 .. ehem ehem ..

Well , it has been a while since the last time i posted in my blog . Not this blog of course , i mean the other one , the one i had before i created this blog . haha . *awkward*

Ehemm , back to bahasa ibunda .

Ya , memang diperakui bahawa saya memang malas menulis blog . Tapi kebelakangan ni rasa macam idea mencurah-curah *mencurahlah sangat kan* So , memandangkan ini first post makanya tiada topik khusus nak dibincangkan . Jadi , Mari saya perkenalkan diri .

Nama : nur athirah bt zainul abidin
Umur : 16 tahun (2012)
Asal   : Kulim , Kedah

well thats it , takpayah tau banyak-banyak .

Jumpa lagi .