Saturday, 24 November 2012

Setia Pada Yang Satu

|| Bebola mata Athirah tertumpu pada skrin komputer , entah apa yang dibacanya hingga leka sedemikian rupa . Kemudian , dia tersandar dan melepaskan keluhan kecil . Jam di dinding yang berbentuk bulat itu dikerlingnya hambar . Jarum jam menunjukkan tepat pukul 11 malam . Ibu serta kakak-kakaknya tidak ada di rumah pada ketika ini . Mereka berada di Kuala Lumpur di atas urusan tertentu . Athirah pula mengambil keputusan untuk tidak ikut sama kerana ada kerja kursus yang belum disiapkan dan tarikh tutup yang ditetapkan oleh pensyarahnya ialah pada minggu depan .

Athirah mengeluh sekali lagi . Dengan tidak semena-mena , bekalan elektrik terputus . Kipas angin terhenti pusingannya , radio yang dipasangnya tadi sunyi tanpa sebarang bunyi , seluruh rumahnya kini diselubungi kegelapan total . Athirah hanya ditemani cahaya samar dari komputer ribanya . Bingkas Athirah bangun dari tenpat duduknya dan menyelak langsir tingkap , menjenguk ke rumah jiran . Gelap . " Satu taman tak dak elektrik kut . Tapi pada ahh tutup time-time macam ni. " getus hati kecil Athirah .

Athirah mencapai telefon bimbitnya dan mengorak langkah ke dapur . Berhati-hati dalam setiap langkahnya . Dia membuka peti ais lalu mencapai sebotol air mineral . Diteguknya perlahan-lahan dengan lafaz bismillah . Tegukannya tiba-tiba terhenti . Keringat sejuk mula membasahi pipi . Kaku seluruh anggota badannya kerana terdengar bunyi tapak kaki dari ruang tamu rumahnya "Siapa kat situ !!! Lebih baik kau blah dari sini ! Kal .au kau berani apa-apakan aku , kau tunggulah balasan di akhirat . Lebih baik kau blah sekarang . " Athirah dengan beraninya menyergah si empunya bunyi tapak kaki itu tanpa mengetahui apa atau siapa sebenarnya itu . Sergahan itu hanya disambut dengan ketawa kecil seorang wanita . Beberapa saat kemudian , bekalan elektrik disambung semula . Ruang dapur dan ruang tamu disinari cahaya dari lampu kalimantang . Melimpah juga cahaya lampu itu ke atas seorang wanita muda yang sedang duduk di ruang tamu . Cahaya itu juga menampakkan ruang tersebut dipenuhi lelaki-lelaki berbadan tegap yang berpakaian serba hitam , lengkap bersenjata . Muncung senapang semuanya dihalakan kepada Athirah . Dia terkedu .

"Miss me ? " kata wanita muda itu sambil tersenyum sinis .

"Tak mungkin ! " Jerit Athirah ketakutan .... ||

Maaf cerita ni memang sengaja dibiarkan tergantung . Hahahaha takdak idea la katakan .. perempuan kat ruang tamu tu pun aku tak tau siapa .. *randomly typed 





kononnya nak buat cerita pasal perisik campur unsur-unsur thriller gitu .. tapi bila dipikirkan balik ...




tahun depan dah spm . habislahhh . haha

okay back to the topic . Setia pada yang satu . 

well , yeah .. tajuk macam jiwang tapi bukan nak cakap pasal benda-benda jiwang hari ni .. so tak payahlah buat muka macam di bawah dengan harapan aku menulis pasal  cintan-cintun ..




sebenarnya aku dah deactivate account fb and twitter .. to my friends , tak payah buat muka tertanya-tanya macam di bawah ...




well , yeah i have been wasting so much time on the internet nowadays so i need to overcome this problem as soon as possible . i'm not sure when im going to activate back my social networking account , maybe this last for the next few weeks , months or whatever . I might activate back the accounts if i have to communicate with people or my friends , but for the meantime let things be this way ..

Makk Aiii speaking London pulak minah ni .

Haha , so kalau rindu aku call je lah or visit lah belog ni selalu .

Pesanan Khidmat Masyarakat dibawakan oleh Mak Jemah . 


ehhh bai .


Assalamualaikum :D

No comments:

Post a Comment