Wednesday, 21 November 2012

Studying Oversea ?

|| Athirah menggeliat . Matanya mengerling ke arah jam . Pukul 10 malam . Dia bangun dari tempat duduknya di hadapan komputer riba itu menuju ke dapur . Peti sejuk di dapur itu dibukanya perlahan-lahan . Sebotol air dicapai lalu diteguknya dengan rakus . Dahaga agaknya selepas sejam duduk di hadapan komputer menonton Cerita Adam dan Hawa secara atas talian . Matanya terkebil-kebil selepas meneguk beberapa kali . Riak mukanya berubah . Botol itu ditatap dengan penuh perasaan . Rupanya botol itu berisi air gula . Sudah terlanjur diminum , diteguknya lagi air gula itu lalu dia pun kembali ke tempat duduknya . Sepasang matanya yang berwarna biru sirap itu kini terpaut pada skrin yang terpapar wajah Adam Mukhriz yang memegang status sebagai seorang juruterbang..." ||

haha , itu lah sebabnya aku terpaksa melupakan cita-cita aku menjadi penulis novel sebab mesti ada unsur kemerapuan melampau yang dimasukkan secara tak sengaja =p

whoaa adam mukhriz . ahaha



okayy back to the topic ,

Belajar di Luar Negara . Awesome kan ?

Isu ini secara tak langsung terlintas dalam otak aku lepas menonton cerita Adam Hawa . Dalam cerita tu kan si Hawa tu sambung belajar di luar negara lepas kena fitnah . Dia pergi belajar kat Australia tu untuk jauhkan diri dari si Adam Mukhriz jugakk  .

Well , it is not the love story that matters . Aku bukan nak pergi belajar kat luar negara tu dengan harapan dapat love story macam cerita Adam Hawa tu . Erghhh tolonglah .

Okay , focus pada topik sebenar .

Hmm , jauh perjalanan luas pemandangan , betul kan ? So dalam erti kata lain , bila kita study kat luar negara ni , minda kita akan semakin berkembang . Well yeah , kita dapat jumpa orang baru , belajar pasal budaya kat negara orang lain , learn what is good and what is not , tengok ragam manusia , belajar agar tidak mudah ditipu , belajar hidup berdikari ... pendek kata , ianya sangatlah awesome .

dan pemandangan kat luar negara itu kan begitu cantik dan breathtaking , tambah-tambah lagi scenery di negara-negara beriklim sejuk . *pengsan

well yeah sangat jealous dengan kakak aku yang dapat further study di New Zealand . Tumpang gembira bagi pihak dia but at the same time rasa macam..




LOL , kalau kakak aku baca post ni mesti dia buat muka kat bawah ni ..


ah mencik .

Eh jap , kepada orang-orang yang berpandangan serong terhadap post ni ..

aku bukan nak kata belajar kat Malaysia ni tak bagus langsung . Ada kebagusannya yang tersendiri . *Okay maaf ayat saya pelik
 and hello .. aku pun nak belajar kat local dulu .. kalau ada rezeki baru further study . so , no offense .


Walaupun belajar kat luar negara , bukannya berubah status warganegara . In fact , kita akan lebih appreciate dan merindui segala yang ada di negara kita . The foods , the people , cendol , ais kacang , roti canai , durian .. arghhh pengsan*

so a malaysian will always be a malaysian . kan ?

but we can at least buka minda , buka hati , buka mata bila tengok negara orang . improve our flaws .

and yeah , melancong ke luar negara rasanya tak sama macam belajar di luar negara .

sama ? tak sama ? entahlah .

But that is my aim in life . My hope .
Yes , rasa teringin sangat nak further study kat luar negara . Nak tengok keindahan yang Allah ciptakan untuk penduduk bumi . Berhijrah ke arah yang lebih baik . In Shaa Allah .

tapi memang tak dapat nafikan ... ada suatu tempat di muka bumi ni yang memang semua muslimin muslimat rasa nak pergi ..


yes , its mecca 

in shaa Allah 

assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment