Wednesday, 21 November 2012

Off to Penang .

|| Athirah mengambil tempat duduk di sofa selepas menjenguk neneknya di bilik . Dia mengerling ke arah jam di dinding . 11.30 pagi . Athirah menguap dan menggeliat . Sebenarnya , pagi-pagi lagi dia dan keluarganya sudah bertolak ke Pulau Pinang kerana neneknya kurang sihat . Memandangkan neneknya sedang berehat di dalam bilik , maka dia pun mengambil peluang ini untuk melepaskan lelah yang tidak seberapa itu di ruang tamu rumah neneknya . Televisyen yang terpasang di ruang tamu itu dipandangnya dengan pandangan yang kosong . Tidak berminat agaknya untuk menonton televisyen . Athirah mengeluh sekali lagi . Entah mengapa terasa diri begitu kepenatan .

 Tangan kanannya diseluk ke dalam poket untuk mengambil telefon bimbit miliknya . Headphone yang disimpan dalam kocek kiri seluarnya dicapai dan disumbatkan ke dalam telinga . Muzik berentak perlahan dimainkan dan kelopak mata Athirah mulai redup . Sedang dirinya baru disapa mimpi di siang hari , melekat satu telapak tangan yang kecil seperti toyol di mukanya . Menyirap darah Athirah , meremang bulu romanya . "Tak mungkin toyol ! " logik akal Athirah cuba menenangkan dirinya . 

Sekarang , cermin matanya pula ditarik keluar dari mukanya yang berbentuk bulat tembikai itu . Sejurus itu , kelopak matanya yang separa terbuka itu disentuh dan digosok . Athirah meronta dan membetulkan cermin matanya . Tangan kecil itu bingkas menarik tangan Athirah . Athirah panik ! Dia cuba melihat siapa atau apa yang berada di depannya . Rupa-rupanya , anak menakannya yang mengidap penyakit sindrom down sedang bermain mekap-mekap . Oleh sebab itu , anak menakannya yang bernama Ayu itu cuba menyapu "eye shadow" tipu-tipu ke atas kelopak mata Athirah . Athirah tersenyum hambar lalu dia bersandar kembali dan membiarkan dirinya dipermainkan . ||

Dipermainkan ? Ceh , tak dak gaya macam penulis novel langsung . haha . well cerita di atas diubah suai sikit dari cerita asal but still aku jadi model untuk anak-anak menakan aku . Hadoii .

Well , yeah . Pagi-pagi lagi kakak aku gerak aku suruh bersiap nak pi Penang . Singgah sarapan kat kedai nasi kandar nashmir , pekena (makan) Thosai Telur satu dengan teh ais dan teruskan perjalanan ke Pulau Pinang . Weee .

Tapi tak "weeee" sangatlah kan .. nenek aku sakit :(

umur beliau dah 80 lebih dah . For sure kerap sakit . Pakcik aku cakap nenek pun tak berapa happy go lucky  kebelakangan ini . Mood selalu down ja . Tapi , kalau ada ramai orang kat rumah nenek , beliau buat macam tak sakit . well , nenek memang tak suka tunjuk yang dia tu sakit . Beliau buat lek ja . Bukan macam budak nowadays , tergores sikit kat jari , alahaiii macam kena langgar lori . haha *exaggerating*

semoga nenek kuat dan cepat sembuh . #Pray For Nenek 

Aktiviti aku selain dari menjenguk nenek and datuk ialah bermain-main dengan 2 orang anak menakan aku . First , aku bagi mandi depa . Pastu depa mekap aku segala bagai . Haha . Mekap tipu-tipu ja . Depa tak guna bedak , lipstick or blusher pun . Hundred Percent Imagination . haha . Biasalah budak-budak . Minda depa akan berkembang kalau berimaginasi . So , aku pun merelakan diri melayan kerenah depa . Best la jugakk , aku ni kan takda adik . So , layan je lah .

Hah , telatah budak-budak memang kadang-kadang tu lawak gila . Ayu , anak menakan aku dalam cerita kat atas tadi , memang buat aku gelak berguling-guling . Oh God , dia tu masih kecil and guess what , tetiba dia ambik cermin kecik , pegang cermin tu tinggi-tinggi di depan dia , buat peace di mulut and buat bunyi KACHAKKK . she's doing selca  *Emgeee pengsan .

mungkin dia bayangkan gambar dia lebih kurang macam ni la ..



haha , nasib baik tak buat duck face - , - ''

aku sebenarnya sangat mengkagumi imaginasi kanak-kanak .

mereka boleh anggap ini ..

sebagai ..



LOL . Ternganga aku tengok dia berlakon jadi photographer dengan teropong tu . Dia letak patung barbie kat atas balang kuih , susun elok-elok , lepas puas hati , dia "tangkap" gambar guna teropong tu . haha . Dengan aku aku sekali jadi mangsa penggambaran :P

lepas tu aku bagi dia dan adiknya dengar earphone aku . Mula-mula pasang lagu nasyid , ye la , aku takmau cemarkan jiwa budak-budak kecik ni dengan lagu Oppa Gangnam Style . Kang tak pasal pasal dok meloncat satu rumah . haha . Pastu aku bukak lagu Sudah Cukup Sudah . Perghh . menyanyi dengan penuh perasaan la si Ayu tu . Walaupun sindrom down , tapi still cute okayy . haha . Mak dia suruh nyanyi lagu Justin Bieber yang tajuk Baby tu ..

Lirik asal macam ni ... Baby Baby Baby Ohhhh~

Lirik yang Ayu nyanyi .. Bab* Bab* Bab* Ohhh~

Sekali bunyi semacam pulak lagu Justin BIBIR tu . haha . Ayu , Ayu . Pening kepala aku.

Tapi itulah . Si Ayu dengan adik dia ni macam bahagia ja . Orang lain tension la apa la , depa dua orang rilek ja .. Ye la , budak-budak .. mana nak faham lagi ..

Oh how i wish i'm still a kid . _  .

But , being a grown up is not bad either . Having various emotions , learn about life , and work hard to fulfill dreams of life . But the most wonderful thing about being a grown up is you'll know who is Allah .

The only God in our life . Thank you Allah for giving us the opportunities to know you .

Its a wonderful life . Well , yeah it is .

Ahh , dah penat menaip . Lain kalilah kita sembang okay ?

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment