Wednesday 26 February 2014

Tu hablas español?

Assalamualaikum everyone !!

OMG titew eksaited gile mase menaip post ni sebab titew baru dapat idea nak naip apa setelah sekian lame titew kering idea

macam ni haaa titew eksaited

Okay mohon bersabar dengan kegilaan ini .

InshaAllah aku akan cuba untuk tidak meminum kopi sebelum menaip mana-mana post di belog ni pada masa akan datang bagi mengelakkan rasa ketidakselesaan para pembaca *tunduk tanda hormat*

Back to the main topic then !

Tu hablas español ?

reaksi pembaca

Haaa rare tak tajuk post aku ? Tak ? Okay .

Sebelum aku berceloteh dengan lebih lanjut , mai nak habaq kat hampa semua ..

Tu hablas español maksudnya do you speak spanish ?

ada paham ? bagus bagus .

Rasa seronok kan bila dapat faham banyak bahasa ? Especially kalau kita merantau jauh ke negara orang . Bila dah faham bahasa native dekat sesuatu tempat tu senanglah kita nak berkomunikasi . Tak lah senang kena tipu . 

Tak payah pergi jauh . Ambil contoh kat negara kita .

Ada melayu ada cina ada india .

Semua dengan bahasanya yang tersendiri . Unique gitu .

Tapi berapa ramai orang melayu yang boleh cakap bahasa cina and bahasa tamil ?

Boleh kira dengan jari beb .

hah kira lekaih !!

Tapi orang cina and orang india ramai yang boleh master at least tiga bahasa

bahasa melayu , bahasa cina/bahasa tamil , english .

Kita ?

English pun masih merangkak ala biawak .
Okay tersentap dengan ayat sendiri .

Memang lah ni semua 'duniawi' tapi hidup kena ada improvement beb !

Aku seronok+bangga+jeles tengok kawan-kawan aku ada yang pi attend kelas bahasa sementara menunggu result SPM . Ada sense untuk improve-kan diri !

thumbs up sikit !




Tapi itulah . Yuran kursus bahasa ni biasanya agak mahal sikit . So orang-orang yang macam aku ni setakat tengok dari luar bangunan je lah *ayat sedih*

But no worries ! Kita belajar online !! *kembali hyper*

Ni nak share sikit .. kalau ada sesiapa yang teringin bebenor nak belajar bahasa Spanish , French , German , Italian atau Portuguese bolehlah klik gambar di bawah .

Bukan belajar kat google translate ye~

*dijamin halal*

sign up and learn a new language now ! *ayat promo*
haaa jangan lupa add aku (AthirahTheSLP) dengan kawan aku (AliaSyahira) *ayatcaridownline*

atau kepada akak-akak yang kipas susah mati kat abang-abang korea tu dan teringin bebenor nak belajar bahasa korea bolehlah klik di bawah ni




Tapi seelok-eloknya kita improve-kan dulu skill kita dalam bahasa Inggeris . Sebab bahasa Inggeris ni sangatlah penting especially time interview scholarship , interview kerja or time belajar kat universiti nanti . Semua dalam bahasa inggeris okay

so utamakan yang lebih utama 

Lepas ni jangan pulak dok sibuk kecek bahasa asing sampai bahasa melayu dilupakan .

Macam mana pun bahasa Melayu tu bahasa ibunda kita .

Identiti kita . Kena jaga .

Kalau bukan kita yang bangga dengan bahasa melayu , siapa lagi ?

Tak gitu ? 

dan belajar tu belajar jugak . Jangan sampai lagho . Niat biar betul .
Kalau dah bunyi azan tu pergi solat dulu okay ?

And aku ada terdengar orang cakap , kalau kita belajar bahasa arab ni dapat pahala sebab ianya bahasa al-quran . Wallahuaklam .

Teringin jugak nak belajar bahasa arab ni tapi tak tahu kat mana and bagaimana .
So kalau ada sesiapa yang reti bahasa arab or tahu nak belajar bahasa arab kat mana (online) bolehlah komen kat bawah ni .

janganlah kedekut

Sharing is caring . Tak gitu ?

Majulah sukan untuk negara ! *tetiba*

Jumpa lagi InshaAllah .

Assalamualaikum ! adíos .

4 comments:

  1. Bilalaa nak bukak duolingo lagi , harituu dah bukak tapi kecewaa sebab banyak sangat salah hahahaha kena belajaq lain haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah level 7 wei !! *muka bangga ala tapir*
      jgnlah putus asa !! Chaiyok !!

      Delete
  2. Bagus ka duolingo ni ?? Hahaha,prt sc sikit tengok camna kat dalam.... XD
    kurang rajin nak sign up :p hahahaha

    ReplyDelete
  3. for me it's awesome !!! the easiest way to learn language online so far .
    *promo* :P

    ReplyDelete